skbbs.zoom-a.com
|

BERITA TERKINI

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-33

Pada 3 Mei 2006 (Jumaat), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-33 yang diadakan di Dewan Bestari SK Bukit Badong bermula jam 9.00 malam. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi b. Yaidi, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor. Kehadiran ibu, bapa dan penjaga sangat memberangsangkan walaupun mesyuarat pada kali ini diadakan pada waktu malam.

Tahniah kepada semua guru kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.

Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa baru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid, kelas tambahan dan sebagainya yang dapat membantu mempertingkatkan lagi pencapaian murid dalam akademik.

SELAMAT PENGANTIN BARU
Pada 12 Mac 2006 yang lalu telah berlangsungnya majlis perkahwinan Cikgu Mohd. Kamal Azizi bin Abd. Aziz bertempat di Taman Sri Indah, Batang Berjuntai, Selangor. Seluruh warga SKBB mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada beliau, semoga bahagia ke anak cucu.

SELAMAT HARI GURU

Pada 16 Mei 2006, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKSKBB) telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan". Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diadakan antaranya pertukaran hadiah antara guru, perlawanan bola sepak dan bola jaring antara guru dengan murid, sukaneka,deklamasi sajak, nyanyian lagu-lagu patriotik dan lagu 'Guru Malaysia' serta bacaan ikrar oleh guru-guru SKBB.Tahniah diucapkan kepada KGKSKBB dan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru SKBB.


SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Zainab bt. Mat Zin yang telah naik ke jinjang pelamin pada 2 Julai 2006 yang lalu bertempat di Taman Bukit Badong, Batang Berjuntai. Semoga beliau berbahagia di samping suami tersayang, Encik Herman b. Md. Tahir.



SELAMAT PENGANTIN BARU


Seluruh warga SKBB mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Ustazah Siti Zulaikha binti Ahmad Ubaidah. Majlis persandingan telah diadakan di rumah beliau di Kg. Asahan, Batang Berjuntai, Selangor pada 20 Ogos 2006 yang lalu. Semoga ustazah berbahagia selama-lamanya di sisi suami, Encik Mohd. Azrul bin Jaafar.



                                        

                           Tahniah diucapkan kepada Ustazah Seri Anita bt. Md. Khalil yang telah berjaya menamatkan
                           pengajiannya di Universiti Putra Malaysia. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sastera ( Bahasa
                           Asing - Bahasa Arab ) Kepujian Kelas Pertama. Dalam tempoh pengajian selama 3 1/2  tahun
                           beliau telah mendapat dua kali 'Anugerah Dekan'. Semoga kejayaan beliau menjadi perangsang
                           kepada yang lain.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: